Wald is the Word for Lexus CT 200h Hybrid Hatch

The CT200h Black Bison Edition comes with a full aero body kit, composed of a new front bumper with LED lights on both corners, side skirts, revamped rear bumper with a matte black diffuser and new exhaust tips, and just in case those…134-ponnies under the hood decide to do something wald, roof and boot spoilers. .

Neelofa menunaikan umrah

“Ini kali pertama saya ke sini, syukur sebab saya diberi peluang untuk bertamu ke rumah Allah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan saya berasa amat puas untuk berdoa di sini.

Harga rokok dijangka naik

Duti eksais tembakau dijangka dinaikkan tiga sen sebelum pembentangan bajet tahun ini.

Azrinaz: ‘Saya Masih Sama Seperti Dahulu’

SUDAH lama sebenarnya impian untuk menjadikan Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim sebagai penghias wajah hadapan Nona, tetapi kesempatan itu belum terbuka.

10 Warming Up Menuju Ramadhan

Sempena Ramadhan yang bakal tiba sama-samalah kita memanfaatkan dengan dengan secukupnya bulan Ramadhan ini.

Friday, July 8, 2011

Dua Tahun Bercerai Talak Tiga, Bernikah Semula Dengan Bekas Isteri


Suami 47 tahun, isteri 45 tahun, bercerai talak 3, dUa tahun lalu. Perkahwinan mereka lebih 20 tahun itu dikurniakan 5 anak, seorang menantu dan seorang cucu. Selepas bercerai suami tak nikah-nikah, manakala isteri bernikah dengan lelaki lain. Oleh kerana jodoh tak panjang, isterinya bercerai.

Maka hari ini mereka bernikah semula yang juga bekas suami-isteri yang pernah bercerai talak 3. Dipercayai, dorongan anak-anak membuatkan mereka kembali mendirikan rumahtangga. Hantarannya wang tunai RM 10,000.

"Semoga rumahtangga yang dibina kali kedua ini kekal hingga ke akhir hayat dan jangan ulangi kesilapan lama semasa perkahwinan kali pertama". Nasihat kadi sebelum lafaz akad nikah.

"Yer tuan kadi, semua itu dijadikan pengajaran dalam hidup saya. Saya berjanji tidak ulangi kesilapan lama". Lelaki tu.

Amaran polis



Keadaan boleh jadi tegang, jejas keselamatan; Penyokong 3 kumpulan ditegah masuk ibu kota

KUALA LUMPUR: Perintah larangan berada di lokasi panas sekitar ibu kota hari ini, bagi mencegah perhimpunan haram tidak terhad terhadap 91 individu dari BERSIH, PERKASA dan Pemuda UMNO tetapi semua penyokong mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, menegaskan perintah larangan yang dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini kelmarin, mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah adalah langkah pencegahan bagi menghalang perhimpunan haram itu diteruskan.
Ismail berkata, polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan untuk menentukan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus dikekalkan.

“Sekatan jalan raya di tempat tertentu terpaksa diadakan untuk mengelakkan kumpulan pengacau daripada memasuki bandar raya,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.


Beliau berkata, hasil pemantauan dan penemuan beberapa senjata berbahaya sebelum ini, dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan haram berkenaan, risikan keselamatan polis mendapati pihak tertentu masih bertekad menggunakan apa saja helah bagi meneruskan penganjuran perhimpunan tanpa permit itu.

“Walaupun langkah awal sudah diambil polis untuk menjamin keselamatan orang ramai khususnya dalam bandar raya Kuala Lumpur, penganjur perhimpunan haram ini masih berazam meneruskan niat mereka tanpa menghiraukan undang-undang, perintah mahkamah, nasihat serta amaran polis.

“Malah, mereka sudah mula bergerak masuk ke Kuala Lumpur secara persendirian dan kumpulan kecil untuk mengelak dikesan serta ditahan polis,” katanya.
Kelmarin, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, 91 individu dari BERSIH, PERKASA dan Pemuda UMNO dilarang berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan di semua lokasi panas di ibu kota antara jam 8 pagi hingga 6 petang hari ini.

Daripada semua mereka, 60 dari BERSIH, PERKASA (14) dan Pemuda UMNO (11). Antara yang tersenarai ialah Datuk S Ambiga, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Khairy Jamaluddin dan Datuk Ibrahim Ali.

Ismail juga berkata, maklumat menunjukkan kumpulan itu merancang berdemonstrasi dan berarak di beberapa lokasi di ibu kota dan merancang menggunakan masjid tertentu sekitar bandar raya Kuala Lumpur sebagai strategi mereka.

Sebelum ini katanya, polis sudah mengambil pelbagai langkah termasuk mencadangkan kepada penganjur supaya perhimpunan itu diadakan dalam stadium di luar Kuala Lumpur, tetapi permohonan permit diterima membabitkan perhimpunan dalam stadium di ibu negara.

“Polis sudah memanggil penganjur pada 7 Julai dengan cadangan perhimpunan itu diadakan di luar Kuala Lumpur untuk mengelak gangguan kepada kehidupan harian orang ramai, keselamatan awam dan kesesakan lalu lintas. Malangnya, cadangan ini pun ditolak dan pihak penganjur tidak mahu bertolak ansur,” katanya.

Pegang baju elak terselak

Catherine berdepan angin kencang sejurus mendarat

CALGARY: Sebaik saja pewaris takhta Britain, Putera William dan isterinya Catherine keluar daripada pesawat di Calgary, Kanada, Duchess of Cambridge itu terpaksa berusaha keras memastikan gaun sutera kuning rekaan Jenny Packham yang dipakainya tidak terselak ketika angin bertiup kencang ketika beliau berjalan menyeberangi landasan lapangan terbang.

Akhbar Herald Sun melaporkan, Putera William dan isterinya berada di bandar itu untuk menghadiri perarakan besar-besaran yang dihadiri 250,000 penduduk tempatan setiap tahun.
Kegagalan Catherine mengawal pakaiannya disiarkan seminggu selepas adik perempuannya, Pippa menggayakan penampilan memukau dalam gaun berkait yang jarang.
Pasangan diraja terbabit mendarat selepas jam 4.30 petang waktu tempatan dengan menggunakan Pasukan Griffon Kanada.

Mereka disambut Leftenan Gabenor Donald Ethell dan Datuk Bandar Calgary Naheed Nenshi serta wakil rakyat tempatan.

Isteri William turut membawa senyuman gembira kepada kanak-kanak perempuan penghidap kanser yang berhasrat menemuinya.

Kanak-kanak berusia enam tahun Diamond Marshall, mempunyai ketumbuhan besar di belakang badan hadir bersama bapanya, Lyall Marshall, 37, dan ibu tirinya Danielle, 32, memeluk Catherine sebaik beliau tiba di lapangan terbang.
Sebelum itu, kanak-kanak itu mengambil jambangan bunga daripada ibu bapanya dan menghadiahkan kepada tetamu diraja itu dan Catherine terus memeluk kanak-kanak itu.

“Kate sangat menarik dan penyayang. Untuk kanak-kanak yang mempunyai impian menjadi puteri, bertemu Kate membuatkan impiannya menjadi kenyataan,” kata Danielle. – Agensi

Tuesday, June 28, 2011

MALAYSIA VS TAIWAN: Kelayakkan Piala Dunia 2014 Brazil | Senarai Pemain Harimau Malaya


Perlawanan yang ditunggu-tunggu...pertembungan Malaysia dengan Taiwan di Stadium Bukit Jalil pada 29hb Jun 2011 bakal mempersoalkan apakah pasukan Harimau Malaya selayaknya bergelar jaguh ASEAN apabila memengai Piala Suzuki tempoh lalu...?

Taiwan ranking FIFA [160], Malaysia ranking FIFA [143]. Ranking tidak boleh dijadikan ukuran semata-semata...harapan tetap ada dengan permainan yang konsisten pasukan negara. Jika Malaysia menang, pasukan negara akan bertemu dengan Singapura [144] sebelum melangkah ke peringkat kumpulan bersama negara-negara lain terbaik Asia.

Jom semua rakyat Malaysia, meriahkan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk sama2 memberikan sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya! Aku rasa Malaysia boleh menang game ni...jangkaan 2-0. Lama dah aku tak pergi SNBJ...insyaAllah esok akan bertemu dengan anda semua di sana...hehe...bajet macam pemain...siapa nak jumpa boleh jumpa di sana =)

Kepada semua penyokong Harimau Malaya terutama geng Ultras dari semua negeri, berhati-hati dalam perjalanan ke SNBJ...moga perjalanan anda selamat pergi dan pulang, insyaAllah.




Senarai Pemain Harimau Malaya



Penyerang
Norshahrul, Hadi, Safee Sali, Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saarani.

Tengah
Safiq Rahim, Amar Rohidan, Shakir Shaari, K. Gurusamy, Amirulhadi Zainal, S. Kunanlan, Ashari Samsudin dan S. Chanthuru.

Pertahanan
Aidil Zafuan Radzak, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Farisham Ismail, Helmi Remeli, Asraruddin Putra Omar, Mahali Jasuli

Penjaga Gol
Khairul Fahmi, Sharbinee Alawi, Nasril Nourdin

Khairul belum pasti boleh jaga gawang


KESAKITAN bahu kanan selepas dirempuh pemain Lubnan pada aksi kelayakan Sukan Olimpik London, Khamis lalu masih lagi dirasai penjaga gol utama negara Khairul Fahmi Che Mat (gambar).

Pastinya situasi itu memberikan perkhabaran buruk buat skuad kebangsaan yang bakal berdepan Taiwan pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.


“Sejak menyertai latihan skuad kebangsaan saya hanya menjalani latihan ringan saja. Bahu kanan saya masih sakit bila digerakkan. Saya tidak tahu sama ada akan diturunkan atau tidak, terpulang kepada jurulatih untuk membuat keputusan.

“Saya memang bersemangat untuk bermain dan jika diturunkan, saya tetap bersedia,” katanya yang mengaku terpaksa meneruskan perlawanan itu dengan menahan kesakitan selepas terjatuh akibat dirempuh seorang pemain Lubnan ketika perebutan bola tinggi.


Khairul Fahmi yang turut mesra dengan panggilan Apek membantu skuad Olimpik negara layak ke saingan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik London dengan menewaskan Lubnan 2-1.


Biarpun baru berusia 22 tahun, dia berjaya mengukuhkan tempatnya bersama skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal selepas aksi tangkasnya menyumbang kepada kemenangan negara pada Piala Suzuki AFF, Disember lalu.

Jika Khairul Fahmi tidak berada di tahap terbaik menjelang perlawanan esok, tempatnya dijangka bakal diisi penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli atau Mohd Nasril Nourdin dari Perak.

Batu Terapung Israk Mikraj Yang Palsu dan Asli [Gambar]

Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestin


Salam A'laik.. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, 27 Rejab merupakan ulangtahun peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap kali itu juga, pasti gambar-gambar palsu batu terapung berkaitan Israk Mikraj disebarkan ke serata dunia internet dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya. Jadi, rasa ia satu kewajipan untuk saya sebarkan kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang perkara ini.

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung tersebut.




Teknik murahan sebenarnya.. Edit guna Photoshop..



Jadi, mana batu terapung yang aslinya? Berikut adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..


Batu Terapung (asli) Dalam Peristiwa Isra' Mikraj



Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj.

SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu terapung (tidak berpijak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti? Pohon Dato’ perjelaskan apakah sebenarnya.

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din :

Tempat Rasulullah SAW Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah SAW bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi SAW berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda SAW maka batu itu tergantung. Saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad SAW tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.


Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung



Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.




Tuesday, June 14, 2011

Penggodam Ancam Serang Laman Web Kerajaan Malaysia


PETALING JAYA: A hacker group has threatened to attack the www.malaysia.gov.my website.

The group, which calls itself Anonymous, said it will launch the attack at 7.30pm GMT on Wednesday (3.30am Thursday Malaysian time) and has named it “Operation Malaysia.”

It posted the threat in a graphic on this website,


Mikko Hypponen, chief research officer at the F-Secure Corporation - a computer security software company based in Helsinki, Finland - tweeted about the threat at 4.42am Malaysian time.

No other details were available at this time. It is also not known why Anonymous has targeted the Malaysian website.
Hacker group Anonymous threatens to attack Malaysian Government website.

But there has been an uptick in “hacktivism” these past weeks, where hacker groups have targeted various organisations for political purposes.

Hackers have attacked the International Monetary Fund and Sony PlayStation Network, as well as the networks of aeronautics company Lockheed Martin Corp and Citibank in North America, amongst others.

Anonymous was blamed for the hack into the PlayStation network but a spokesman for the group has denied involvement, saying that its aims are political. Spain, however, has arrested three suspected members of the hacker group for that attack.

Anonymous apparently comprises a vast number of hackers in various countries, who have been organised into cells that share common goals. They operate anonymously but in a co-ordinated fashion.

More details to follow.

Meanwhile the AP reported from New York that a group of hackers has gained access to the websites of the U.S. Senate and video game company Bethesda Softworks, the latest in a series of cyberattacks plaguing a broad range of online victims.

The group, which calls itself Lulz Security, posted what it called a "small, just-for-kicks release of some internal data" from Senate.gov on its website on Monday.


Likely referencing reports that the Pentagon is considering whether a cyberattack could be considered an act of war, the group also wrote "is this an act of war, gentlemen? Problem?"

A representative from the office of the Senate sergeant-at-arms did not immediately return a phone message for comment Monday afternoon.

Bethesda acknowledged the intrusion in a blog post Monday, saying hackers may have gained access to users' names, email addresses and passwords. The company said no credit card data or other financial information were compromised.

Josh Shaul, chief technology officer at database security software maker Application Security Inc., said the data Lulz posted is "verifiable proof" that it was able to gain access to and take control of the Senate's website.

"It's a very skilled group," he said. "They claimed it was easy."

Lulz Security has also recently claimed responsibility for breaking into the websites of PBS, Sony Pictures, Nintendo and others. Meanwhile, it's unclear who was responsible for a recent cyberattack on the International Monetary Fund's computer system or the one on Citibank that stole about 200,000 credit card account numbers, customer names and email addresses.

Shaul said the recent string of attacks take advantage of insecure systems. While companies are protecting the perimeter of their computer systems, once hackers get in, "everything is there to own," he said. It's the equivalent of a bank putting a guard at the door and leaving all the money in a pile instead of in safes and vaults, he added.

"We've created this situation where it's so easy for a skilled attacker to break in and get data," Shaul said. "They are doing it because they can."

Bethesda declined to comment beyond its blog post and did not say how many users were affected.

In Twitter messages, Lulz (Internet-speak for laughs) said it has had information on more than 200,000 users "for weeks" and broke into Bethesda's website more than two months ago. Bethesda, meanwhile, said that a hacker group "attempted an unlawful intrusion" over the weekend.

Lulz said on its website Monday it is not releasing information it has on the 200,000-plus users.

Bethesda, behind games such as "Brink" and "Fallout: New Vegas," is a subsidiary of ZeniMax Media Inc., based in Washington, D.C

apa motif kumpulan penggodam ni? kenapa laman kerajaan Malaysia jadi sasaran?

Saturday, June 11, 2011

Azan bergema dalam dada si mayat !!!



YOGYAKARTA – Satu perbahasan buku "The Miracle of Shaheed", keajaiban jasad para syuhada yang tidak binasa dari pandangan kedoktoran telah diadakan di Masjid Al Mujahidin, Kampus Universiti Negeri Yogyakarta. Dua panel telah mengupas isu tersebut iaitu ustaz Fuad Alhadzimi, mantan Imam Masjid Al Hijrah Tempe, Sidney, Australia dan Dr Wahyu Alamsyah, pakar bedah Fakulti kedoktoran Universitas Gajah Mada (UGM).

Dr Wahyu, yang mengupas bagaimana jasad orang yang meninggal menuju proses pembusukan. Ia akan mulai proses dekomposisi (pembusukan) atau degradasi tubuh mayat akibat proses autolisi dan aktiviti mikroorganisme. Maksima lima hari maka jasad orang mati sudah akan membusuk, diikuti proses lain seperti perut menggelembung, scrotum (alat kelamin) membesar dan lain-lainnya sebagai seperti di jelaskan dalam buku dibicarakan.

Doktor yang bertugas di UGM ini juga menceritakan pengalaman yang ia ketahui saat merawat satu jasad orang mati. Diceritakan seorang doktor di luar negeri menerima jenazah orang yang sudah meninggal, kemudian doktor tersebut cuba memeriksa, tapi sayup-sayup dia mendengar suara azan, kemudian doktor tersebut mengambil stetoskop dan meletakkan di dada jenazah tersebut, ternyata suara azan berasal dari jenazah itu. Dokter itu kemudian memanggil jururawat dan petugas lain untuk membantu memeriksa, ternyata orang lain juga mendengar hal yang sama.

Setelah di cari maklumat tentang si mayat tersebut, beliau adalah seorang yang ketika hidup bertugas sebagai muazin, lelaki itu tidak pernah terlambat solat dan selalu rajin ke masjid.Ketika menceritakan hal tersebut, Dr Wahyu sempat terhenti dan menitiskan air mata. Doktor Wahyu menjelaskan proses pembusukan mayat melalui kerja mikroba, sejenis makhluk bernama mikroba yang dijelaskan sebagai "pasukan Allah" untuk mendegradasi atau membusukkan mayat hingga hancur.

"Namun yang mengherankan perintah mikroba untuk menghancurkan mayat ini tidak berlaku pada jasad para nabi, syuhada dan orang-orang yang hafal Al Qur'an," jelas dr Wahyu.Islam sendiri banyak menceritakan tentang kelebihan sebagai muazin bahkan di negara kita lebih dikenali dengan panggilan tok Bilal. disandarkan kepada Bilal bin Rabah, muazin pertama Rasulullah Saw. Bahkan diriwayatkan semua muazin didunia ini akan bersaf-saf berada dibelakang bilal bin rabah yang membawa bendera muazin menuju ke syurga sebagai sfafaat.

Pernahkah kita melaungkan azan di masjid atau surau? Berapakali kah kita azan dalam sejarah hidup kita? Tak pernah sekali kah? Adakah ketika anak kita dilahirkan, tak pernahkah kita sendiri yang mengazan dan mengiqamahkan telinga kanan dan kiri anak kita sendiri. kalau tidak... belajar-belajar dan coba-cobalah lakukan disurau tersorok kampung anda walau sekali. Semoga ia memberi syafaat kepada kita, i'Allah.

Susu coklat penyambung hayat






Mohd Aidil tak boleh telan pepejal termasuk nasi sejak 25 tahun lalu



SHAH ALAM: Sepanjang hayat, Mohd Aidil Amri Saa’din, 25, tidak pernah merasai keenakan nasi lemak, jauh sekali menjamah rendang dan ketupat di pagi Aidilfitri kerana tubuhnya hanya boleh memproses makanan dalam bentuk cecair sejak dilahirkan.



Sebagai ganti, Mohd Aidil bergantung kepada minuman Milo, sup dan air kosong untuk mendapatkan tenaga dan zat. Setiap kali jatuh sakit, dia akan meminta doktor memberi ubat cecair gara-gara tidak boleh menelan pil.


Berikutan tabiatnya meminum sehingga 15 gelas Milo sehari, Mohd Aidil Amri digelar ‘Milo’ oleh rakan yang memahami keganjilan yang dihadapinya. Bukan saya tidak pernah cuba makan nasi, tetapi apabila ditelan, seakan-akan tekak tidak dapat menerima dan saya akan segera muntah. “Makanan lain seperti roti, mi atau makanan yang dijual di restoran segera tidak pernah saya sentuh sepanjang hidup,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.



Mohd Aidil Amri yang bekerja sebagai Pengurus Web Tonton di Media Prima Bhd (Media Prima) ketika ditemui, tampak sihat dan tidak menunjukkan beliau menghadapi masalah berhubung tabiat pemakanannya itu. Mohd Aidil Amri yang berasal dari Alor Setar, Kedah, berkata tabiatnya mengambil cecair sebagai makanan bermula sejak berusia setahun seperti diceritakan ibunya, Zaiton Hashim.



“Ketika kecil, ibu cuba memberi saya makanan, tetapi saya selalu lari. Sejak usia setahun, saya tidak menyentuh makanan melainkan meminum Milo yang menjadi makanan ruji saya,” katanya yang menjadi perhatian ramai sejak ditemuramah rancangan, Pagi Show di Fly FM, Selasa lalu. Beliau berkata, dalam sehari, beliau akan mengambil sekurang-kurangnya 15 gelas Milo. “Saya juga boleh mengambil minuman lain, tetapi Milo menjadi makanan penting untuk saya,”.



Mohd Aidil Amri berkata, setiap kali menjamah sup, beliau akan mengasingkan isinya sebelum dihirup serta menganggap sajian yang diambil dua kali seminggu itu sebagai makanan ‘mewah’. Ditanya mengenai perasaannya setiap kali melihat rakan menjamu selera dengan makanan lazat, beliau berkata, rasa iri hati tetap wujud tetapi dirinya sentiasa berfikiran positif. “Adik-beradik saya normal, keluarga lain pun sama.



Hanya saya yang mengalami keadaan ini dalam keluarga. Sejak kecil, saya sudah berjumpa ramai pengamal perubatan sama ada tradisional atau moden, namun mereka juga tidak tahu punca keadaan saya ini. “Doktor memberitahu saya sihat saya anggap ini adalah takdir Allah SWT dan saya menerimanya dengan hati terbuka,” katanya yang meminati muzik rock terutama kumpulan rock, Metallica.

Eksklusif: Padah umrah murah



Warga tua, miskin sasaran kaki tipu


KUALA LUMPUR: Tertarik dengan bayaran murah yang ada kala tidak sampai RM4,000, ramai umat Islam di negara ini terpedaya dengan pakej umrah tidak masuk akal yang dijanjikan pihak tertentu.


Pelbagai alasan diberikan penganjur apabila tarikh penerbangan tertangguh berulang kali, manakala si penipu langsung tidak dapat dihubungi. Jika bernasib baik dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci, pakej yang kononnya istimewa dan hebat, tidak seperti dijanjikan.

Friday, June 10, 2011

Pusat urut gay diserbu

JOHOR BAHRU: Permintaan tinggi di kalangan lelaki berselera songsang di bandar raya ini dan negara jiran menyebabkan seorang lelaki tempatan membuka tiga cawangan pusat urut refleksologi yang turut menawarkan perkhidmatan ‘istimewa’ kepada pelanggan sejak setahun lalu.

Malah, pusat bertopengkan khidmat urutan sejenis itu langsung tidak mendatangkan syak kerana membabitkan golongan lelaki.

Tidak hairanlah dengan hanya RM35, lelaki bernafsu songsang di bandar raya ini boleh melampiaskan nafsu dengan melanggan tukang urut lelaki yang menawarkan pakej istimewa.

Difahamkan, pelanggan dihiburkan urutan istimewa sambil menonton tayangan video cakera digital (DVD) serta gambar lelaki memberahikan di sebalik tabir setiap bilik serta bayaran ekstra dikenakan untuk pakej tertentu.


Bagaimanapun, kegiatan pusat itu terbongkar apabila premis berkenaan diserbu sepasukan anggota penguat kuasa imigresen Johor, malam kelmarin.

Heret mayat tanpa kepala


PENAMPANG: Leher seorang mekanik ditetak bertalu-talu dengan parang sebelum dipotong hingga putus menggunakan pisau pemotong daging. Kepala itu kemudian dicelup ke dalam minyak hitam sebelum dimasukkan ke dalam guni oleh seorang pemandu jengkaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, Jalan Terawi, Putatan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tubuh Asri Patahuddin, 37, yang tidak berkepala diheret 10 meter dari tempat kejadian sebelum disembunyikan dalam van rosak di bengkel berkenaan.

Sebelum kejadian, pemandu jengkaut berusia 30 tahun itu membersihkan halaman bengkel itu. Tiba-tiba dia yang membawa sebilah parang mendekati Asri yang ketika itu membaiki enjin sebuah kenderaan lalu menetak leher mangsa menyebabkannya rebah.

Lelaki terbabit kemudian bertindak lebih ganas dengan menetak leher mangsa berulang kali.



Dua rakan sekerja Asri yang melihat kejadian itu cuba menghalang tindakan ganas pemandu jengkaut itu, tetapi lelaki terbabit melibas parang beberapa kali ke arah mereka menyebabkan kedua-duanya melarikan diri.

Dapat ikan air tawar gergasi


Seorang penduduk Wales, David Kent menggunakan jagung manis sebagai umpan untuk menangkap seekor ikan air tawar gergasi dengan berat lebih lebih 118 kilogram (kg) di sebuah tasik di Krabi, Thailand, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kent, 54, yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Britain menghabiskan masa selama sejam untuk menaikkan ikan sepanjang dua meter itu.

Dua lelaki membantu dia memegang ikan tersebut yang 32kg lebih berat daripada rekod sebelum ini.

Dia menangkap ikan itu semasa bercuti di Krabi bersama dengan isterinya.

Kent berkata: "Ikan itu mungkin terlalu lapar kerana ia memakan secebis kecil jagung (yang dijadikan umpan)."

Ikan itu kemudian dilepaskan ke dalam tasik selepas gambar haiwan itu dirakamkan sebagai bukti penangkapan.

Kent dan isterinya kemudian memeriksa rekod tangkapan air tawar dan mendapati rekod terdahulu hanya seberat 86.18kg.

Bookmark and Share

Liyana jadi perokok


BERTEMU dengan pelakon kecil molek, Liyana Jasmay, kami dikejutkan dengan pengakuan beraninya menghisap rokok.

Ternyata pelakon berusia 23 tahun itu mempunyai niat untuk merokok tetapi malangnya gagal kerana apabila menghisap rokok dia terbatuk-batuk dan susah untuk bercakap.

“Saya memang cuba untuk menelan asap rokok yang dihisap tetapi gagal. Bila saya hisap sahaja saya akan terbatuk-batuk dan sukar untuk melontarkan dialog,” kata Liyana jujur kepada media.

Pastinya bagi peminat-peminat pelakon utama filem Khurafat itu terkejut dengan pengakuan berani Liyana itu. Namun, Liyana hanya merokok bagi menjayakan wataknya di dalam filem pendek berjudul Cinta Akhir arahan Aron Koh.

Filem berdurasi 10 minit itu turut menampilkan lakonan Pierre Andre dan juga penyanyi One In A Million (OIM), Iz Suliani.

Namun, belum lagi ia ditayangkan untuk tatapan orang ramai, filem pendek itu sudah mendapat kritikan hebat.

Ia dikatakan tidak memberikan kesan langsung kepada perokok-perokok malah jalan ceritanya juga tergantung.

Saat diajukan perkara tersebut kepada pengarahnya, Aron, dia mengaku sengaja membiarkan penamat filem itu tergantung. Dia mahu membuatkan penonton berfikir dan membuat andaian sendiri mengenai kesudahan yang terjadi kepada Lisa lakonan Liyana.

“Sasaran kami menghasilkan filem Cinta Akhir adalah untuk golongan belia. Kempen ini sekadar untuk menyedarkan belia kepada bahayanya rokok bukan bertujuan untuk mendidik,” katanya ketika ditemui selepas majlis pratonton di Golden Screen Cinema (GSC), Pusat Beli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

Aron yang juga pernah mengarahkan filem cereka Seed of Darkness dan beberapa klip video termasuk untuk kumpulan Pop Shuvit bertajuk Marabahaya memberitahu, filem pendek yang mendapat sokongan daripada Dana Belia 1Malaysia dan juga Kementerian Belia dan Sukan itu juga dibuat khas sempena Kempen Anti Merokok (ASAP).

Bercerita mengenai Cinta Akhir, ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama Lisa yang merupakan seorang penjual rokok di kelab malam. Lisa juga merupakan seorang perokok tegar. Dia bertemu dengan seorang lelaki pelajar yang merendah diri bernama Bob lakonan Pierre Andre.

Sementara itu, bagi Iz pemilihannya berlakon sebagai penyanyi kelab di mana tempat Lisa menjual rokok merupakan peluang buat dirinya melangkah lebih jauh di dalam bidang lakonan.

Iz yang juga merupakan Duta ASAP itu juga turut menyumbangkan lagu Cinta Akhir untuk filem pendek itu.

“Ini merupakan percubaan pertama Iz menceburkan diri dalam bidang lakonan,” katanya yang bakal mengeluarkan album pertamanya awal tahun depan.

Filem pendek yang menelan belanja sehingga RM130 ribu itu boleh dilayari menerusi laman web www.asap.my.

Download Video Maharaja Lawak Minggu Ke 11 Astro Full

UPDATE:-

Dibawah ini saya update video Maharaja Lawak Minggu ke 11 untuk tatapan anda semua.....














Maharaja lawak Minggu 11

Jozan The Best





Buat pengetahuan semua, program Maharaja Lawak minggu 11 ini berlangsung di luar Kuala Lumpur iaitu diKuantan, Pahang. Minggu lepas tiada penyingkiran. So sekarang persaingan semakin sengit dengan beberapa kumpulan dan peserta yang mempunyai bakat tersendiri.

Antara peserta/kumpulan yang akan membuat persembahan ialah:

  • Jozan
  • Nabil
  • Jambu
  • Sepah
  • R2

Nak tengok video, jom lepak sini lah!! Nak embed video xsempat, line tak okeh

http://www.facebook.com/wwwguatvcom

Rabecca Nur Islam......Keguguran....


Pelakon jelita, Rabecca Nur Al-Islam, 25, menganggap keguguran kandungannya yang baru mencecah usia dua bulan sebagai tiada rezeki.

Dia yang pada mulanya mengalami pendarahan dan sakit perut dikejarkan ke Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.

Pada malam kejadian saya sakit di bahagian bawah perut dan berlaku pendarahan. Suami saya bawa ke hospital dan apabila diperiksa bayi dalam kandungan sudah tidak bernyawa.

Kemudian doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Kata doktor bayi tersebut sudah beberapa hari meninggal dunia tanpa saya sedari,� katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Rabecca, dia masih lagi berasa terkejut, kecewa dan sedih dengan kejadian yang menimpanya.

Ketika mendapat tahu perkara tersebut saya tak henti menangis, mungkin saya terlalu berharap untuk mendapatkan bayi.

Alhamdulillah, suami saya sentiasa berada di sisi dan memberi sokongan agar tidak terlalu bersedih dengan apa yang sudah berlaku itu,� katanya yang dijangka keluar pusat perubatan berkenaan Khamis.

Rabecca telah mendirikan rumah tangga bersama seorang peguam Nor Azam Sulaiman pada 15 Januari lalu dan mempunyai seorang anak angkat bernama Nor Adam Danie yang kini berusia tiga tahun.

Katanya, sejak mengetahui dirinya mengandung, dia sudah menolak semua tawaran berlakon untuk berehat buat sementara waktu.

Thursday, June 9, 2011

Dua warga emas ditangkap khalwat sama janda muda

Seorang datuk bercucu enam dan rakannya dicekup berkhalwat dengan seorang janda beranak dua di sebuah rumah sewa di Kampung Melung, Jalan Datuk Kumbar, di sini, awal pagi kelmarin.

Warga emas berusia 60 tahun yang juga anggota RELA dan rakannya berusia 50-an itu dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kira-kira 1.30 pagi berdasarkan maklumat orang awam.
Rumah itu didiami keluarga dipercayai adik ipar kepada rakan anggota RELA berkenaan dan kesempatan itu digunakan dua lelaki terbabit untuk memadu asmara dengan wanita berusia 25 tahun itu dalam sebuah bilik.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata hasil pemeriksaan mendapati rumah itu didiami satu keluarga dan selepas diketuk berkali-kali, pintu rumah itu dibuka seorang penghuni yang membenarkan anggota penguat kuasa masuk membuat pemeriksaan.

Katanya, ketika pemeriksaan di sebuah bilik, seorang lelaki berusia 50-an yang hanya berkain pelekat tanpa baju membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggota JAIK, tetapi dia memberi kerjasama membenarkan pemeriksaan lanjut dijalankan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui lelaki warga emas yang mendakwa dia anggota RELA yang bertugas di sekitar bandar raya ini dan seorang wanita yang hanya berkemban sedang nyenyak tidur di atas tilam.

“Hasil soal siasat mendapati warga emas terbabit dan rakannya mengaku baru mengenali wanita itu ketika bersiar-siar di Dataran Paris, Lebuh Raya Darulaman, di sini, malam kelmarin sebelum membawa janda itu pulang ke rumah berkenaan untuk melakukan maksiat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Syeikh Muhammad berkata, berdasarkan rekod, JAIK pernah menahan wanita itu kerana disyaki berkhalwat dengan lelaki lain kira-kira dua tahun lalu di sebuah motel murah di bandar raya ini, tetapi dia masih tidak serik melakukan maksiat.

“Dia turut mendakwa pernah bekerja sebagai pelacur untuk menyara kehidupannya yang terbiar tanpa suami tetapi kita masih menyiasat berhubung kenyataannya itu.

“Warga emas itu pula mendakwa masih mempunyai isteri yang berusia lewat 50-an dan terlantar sakit sejak 20 tahun lalu dan kini menetap di kampung, manakala rakannya pula baru kematian isterinya yang juga orang kurang upaya (OKU) beberapa bulan lalu,” katanya.

Ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.


p/s: pocit2 yang x sedar diri, apa nak jadik neh

Lelaki 27tahun rogol budak berumur 8 tahun..


Binatang...itulah perkataan yang paling tepat untuk tertuduh.


Menurut sebuah akhbar kemarin, Seorang penjual barangan lusuh, semalam, dijatuhi hukuman penjara 25 tahun dan 15 sebatan selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak berusia lapan tahun dalam tandas ketika mangsa menghadiri majlis perkahwinan di sebuah dewan sekolah di Sekinchan, di sini, Sabtu lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman itu terhadap M Suresh, 27, dan memerintahkan hukuman berjalan serentak mulai tarikh tertuduh ditangkap, iaitu pada hari kejadian itu berlaku.Mengikut pertuduhan, Suresh didakwa merogol mangsa dalam tandas perempuan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Kuan, Sekinchan pada 4 Jun lalu antara jam 9 hingga 9.15 malam.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nizi Shazril Ithnin, manakala Suresh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya dengan alasan dia mabuk ketika melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun, Nizi Shazril memohon hukuman setimpal dikenakan kerana mangsa baru berumur lapan tahun 11 bulan, selain perbuatan tertuduh turut menjejaskan masa depan mangsa.

Berdasarkan fakta kes, mangsa dan abang iparnya menghadiri majlis perkahwinan di dewan SJKC itu sebelum pergi ke tandas berhampiran lokasi majlis.

Tertuduh mengekori mangsa dan merogol kanak-kanak terbabit sebelum melarikan diri dalam keadaan berbogel.


P/S : Dah rogol pastu bagi alasan mabuk..

Wednesday, June 8, 2011

Bahasa terlarang!!!



Guru kesan ayat ringkas SMS, chatting digunakan pelajar dalam peperiksaan Bahasa Melayu


KUALA LUMPUR: Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.


Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz). Perkara itu diakui guru sekolah yang mendakwa ia semakin kronik disebabkan kebanyakan pelajar terlalu asyik melayari laman sosial sama ada menerusi komputer atau telefon bimbit untuk berinteraksi.Justeru itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengeluarkan panduan singkatan SMS bahasa Melayu bagi penggunaan umum, dan bukannya digunakan pelajar dalam pemeriksaan awam.


Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata kecenderungan masyarakat terutama remaja dan pelajar sekolah yang gemar mencipta singkatan SMS bahasa Melayu pelik hanya boleh difahami rakan sebaya.Katanya, lebih membimbangkan, golongan ini semakin biasa menggunakan bahasa SMS dalam pelajaran sehingga terbawa-bawa ketika menulis karangan yang akhirnya menjejaskan keputusan peperiksaan dalam subjek Bahasa Melayu.Guru bahasa Melayu, Noor Hafizah Jauhari, berkata gejala itu menyebabkan beban guru bertambah kerana perlu memberi tumpuan lebih kepada pelajar untuk menasihat dan menegur supaya tidak terus menggunakan bahasa SMS dalam penulisan formal.


“Dulu, penggunaan bahasa singkatan SMS hanya terbatas menerusi telefon bimbit saja, tetapi kini pelajar terdedah kepada teknologi, internet dan laman sembang sosial terutama Facebook. Lama-kelamaan pelajar menjadi biasa menulis jawapan atau mengarang menggunakan singkatan SMS. Kebiasaan ini boleh menjejaskan markah peperiksaan kerana setiap kesalahan ejaan dalam subjek Bahasa Melayu akan menyebabkan pemotongan tiga markah maksimum,” katanya yang mengajar di sekolah berasrama penuh di Melaka.


Beliau berkata, kadang-kadang ada guru terpaksa menghukum pelajar menulis menggunakan bahasa SMS dengan mengarahkannya menulis perkataan formal sebanyak 100 kali sebagai pengajaran bagi memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan.Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Segamat, Mohd Noor Abdullah, berkata pengaruh internet di kalangan pelajar mendominasi cara penulisan karangan peperiksaan, sekali gus mencacatkan mutu karangan.


Katanya, pelajar bukan saja menggunakan bahasa SMS, malah menulis ayat pendek, bahasa songsang dan bahasa rojak disebabkan kebiasaan menulis seperti itu dalam laman sembang internet.“Ia amat mendukacitakan guru bahasa Melayu kerana pelajar bukan saja dikesan melakukan kesalahan ejaan, malah membina ayat pendek dan tergantung serta melanggar tatabahasa. Lebih teruk lagi ada pelajar mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau membuat ejaan baru dalam karangan yang akhirnya mewujudkan pelbagai versi ayat atau perkataan baru dalam penulisan mereka,” katanya.


Berikutan itu, Mohd Noor berkata, beberapa langkah perlu dilaksanakan bagi menangani perkembangan tidak sihat itu, termasuk menggalakkan guru mengajar bukan bahasa Melayu lebih kerap menggunakan bahasa formal atau baku bagi mengelak pelajar keliru atau gagal menguasai tatabahasa Melayu.Katanya, setiap pelajar juga perlu sedar perbezaan penggunaan bahasa baku dengan bahasa harian dalam penulisan, manakala ibu bapa pula bertanggungjawab mendidik anak menggunakan bahasa perbualan di rumah yang tidak merosakkan bahasa Melayu.


Sementara itu, guru panitia Bahasa Melayu sebuah sekolah di Melaka, Rohana Karno berkata, masalah penggunaan singkatan SMS dalam penulisan atau karangan peperiksaan bergantung kepada tahap pencapaian seseorang pelajar dan status sesebuah sekolah sama ada sekolah biasa atau berasrama penuh.“Masalah itu mungkin kurang berlaku di kalangan pelajar yang belajar di sekolah berasrama atau sekolah kluster kerana majoriti pelajarnya bijak atau cemerlang. Namun, perkara itu tetap mendapat perhatian guru bagi mengelak ia menjejaskan prestasi sekolah,” katanya.



P/S : Ke tanah seberang satu purnama, duduk bertamu rumah saudara, kalau bertutur dengan sempurna, nahu tersusun santun terjaga

Galaxy S2 Bakal Dilancarkan Pada 22 Jun Ini



Setelah diperkatakan sebelum ini, kini ianya seperti disahkan yang mana Samsung GALAXY S 2 bakal dilancarkan di Malaysia pada 22 Jun akan datang ini. Ianya mungkin akan dilancarkan bersama-sama dengan Maxis, dan mungkin Maxis akan subsidikan sehingga RM400 untuk para pengguna mereka.


Namun ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan dijual, samaada akan dijual pada hari tersebut juga, ataupun perlu menunggu beberapa hari sebelum ianya dijual.


Walaubagaimanapun, pihak Maxis telah pun memulakan pra-daftar untuk Samsung Galaxy S2.Selain daripada itu, lebih kurang dua minggu selepas pelancaran Samsung Galaxy S2 juga, Samsung Malaysia dijangka bakal melancarkan tablet mereka yang dinantikan ramai, Samsung Galaxy Tab 10.1.



Monday, June 6, 2011

Aksi jijik peserta Maharaja Lawak


Salam semua dan selamat pagi kepada semua pengujung setia blog ini. Hari ini saya da terbaca satu artikel di keratan akhbar tentang "Aksi Jijik Peserta Maharaja Lawak" semasa membuat persembahan.

Mungkin kadang-kadang peserta terlepas pandang berkaitan bab ini. Kalu diikutkan memang tidak salah tetapi penonton maharaja lawak terdiri dari pelbagai peringkat umur. Bukan apa takut budak-budak terikut dengan gaya yang dipertotonkan peserta .

Jadi kat sini saya nak share sedikit artikel yang sempat saya ambil,

MINGGU ke-10 program Maharaja Lawak yang julung kalinya berlangsung di Pusat Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa) berjaya menarik ramai penonton.Namun, di sebalik kejayaan per sembahan kelima-lima peserta sempena program 'Jelajah Gelanggang Maharaja Lawak' itu timbul beberapa kebimbangan barisan pengkritik melibatkan Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek .

Mereka merasakan kesemua peserta cenderung menggunakan ‘cross gender comedy’ atau lawak berbaur lucah dan tidak ber moral yang memberi im pak negatif kepada penonton, terutamanya golongan kanak-kanak.Mamat Khalid mengingatkan peserta supaya lebih sensitif dengan persembahan kerana tidak semua penonton boleh menerima lawak jenaka dipersembahkan dan mungkinakan mengguris hati pihak tertentu.“Tak semua orang boleh terima 'cross gender comedy' seperti dipersembahkan, mungkin ada yang jelik melihat aksi sebegitu, namun sebagai pelawak mereka perlu lebih sensitif terhadap isu yang cuba diper sembahkan.

“Bagaimanapun, saya berbangga dengan semua peserta kerana mampu mengawal dan berinteraksi dengan penonton yang ramai berbandinging sebelum ini ketika pentasMahar aja Lawak diadakan di Studio Finas,” kata pengarah fi lem Hantu Kak Limah BalikRumah itu.Pengkritik bimbang beri impak negatif Gelanggang Maharaja Lawak minggu ke-10 bertemakan bebas malam kelmarin menyaksikan tiada penyingkiran seterusnya men yelamatk ankumpulan R2 y ang mendapat undian terendah pada awal pembukaan pentas.

Kumpulan Jambu me ndahului keduduk an dengan undian 59 peratus, manakala trio Sepah mengekalkan kedudukan di tangga kedua dengan undian 55 peratus diikuti Jozan (55peratus), Nabil (50 peratus) dan kumpulan R2 (33 per atus).


Note : Apa pandangan anda berkaitan tajuk ini.

4 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Dihisab & Diseksa





"Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu `anhuma, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wasallam diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa terlebih dahulu.

Siapakah mereka yang beruntung yang termasuk di dalam 70,000 orang itu? Mereka ialah:

1. Orang-orang yang tidak menjampi,
2. Orang-orang yang tidak pernah minta dijampi,

3.Orang-orang yang tidak meramal,
4. Orang-orang yang hanya bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.


Hadithnya seperti berikut:

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: ”Telah diperlihatkan kepadaku ummat-ummat terdahulu, maka saya melihat ada seorang nabi yang disertai dengan rombongan kecil, ada seorang nabi yang disertai dengan satu dua orang sahaja, bahkan ada seorang nabi yang tidak mempunyai pengikut seorang pun. Kemudian terlihat olehku satu rombongan besar yang kusangka mereka adalah ummatku, namun dikatakan kepadaku: ”Ini adalah Musa dan kaumnya, tetapi lihatlah ke ufuk sana.” Kemudian kulihat ke ufuk itu dan tiba-tiba kulihat rombongan yang besar, lantas dikatakan kepadaku: ”Lihatlah ke ufuk yang lain”; di sana kulihat satu rombongan besar kemudian dikatakan kepadaku: ”Ini adalah ummatmu dan di dalamnya ada tujuh puluh ribu orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa lebih dahulu.” Beliau lalu bangkit dan masuk ke dalam rumah.


Maka orang-orang ramai membicarakan masalah orang-orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa lebih dahulu. Salah seorang dari mereka berkata: ”Barangkali mereka adalah sahabat-sahabat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.” Ada pula yang berkata: ”Barangkali mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam keadaan Islam kemudian mereka tidak mempersekutukan ALLAH.” Dan mereka memperkirakan yang macam-macam. Kemudian Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam keluar dan bersabda kepada mereka: ”Apa yang sedang kalian bicarakan?” Kemudian mereka menceritakannya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Maka Baginda sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: ”Mereka itu adalah orang-orang yang tidak menjampi, mereka yang tidak pernah minta dijampi, mereka yang tidak meramal dan hanya kepada Tuhan sahaja mereka bertawakkal.” Kemudian `Ukkasyah ibn Mihshan berkata berkata: ”Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.” Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab: ”Kamu termasuk golongan mereka.” Lantas berdirilah orang lain seraya berkata: ”Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.” Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab: ”Kamu telah didahului oleh `Ukkasyah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


Peristiwa Hari Hisab dan seksa Neraka tersangat dahsyat. Betapa beruntungnya orang-orang yang bilangannya 70,000 orang ini yang mendapat keistimewaan ini, iaitu bebas dari dihisab dan diseksa terlebih dahulu. Mereka terus masuk ke Syurga dan menikmati keseronokan di sana, subhanALLAH.

Mudah-mudahan kita tergolong di dalam kumpulan ini. Untuk itu:

1. Jauhilah dari terlibat dengan jampi-menjampi.
2. Jauhilah dari meminta orang lain menjampi kita.
3. Jauhilah dari terlibat dan percaya kepada sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai meramal seperti meramal nasib, meramal jodoh dan lain-lain lagi walaupun dengan tujuan main-main atau seronok-seronok.
4. Jadilah hamba ALLAH yang sentiasa bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla. Iaitu menyerahkan semua urusan kepada ALLAH selepas meletakkan perancangan dan usaha yang sungguh-sungguh.



WAllahu Ta`ala A`lam.

Kelebihan Bulan Rejab


Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita: "Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?"

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur."

Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya.

Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaALLAH

Singapura Dilanda Banjir


Pokok tumbang, kereta rosak di tengah jalan dan gedung beli-belah dimasuki air.

Demikian antara rentetan masalah yang berlaku apabila hujan lebat lebih empat jam pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di serata Singapura dinaiki air.

Selain daripada banjir kilat di kawasan MacPherson dan banyak jalan raya menjadi seakan 'sungai', beberapa besmen bangunan pula digenangi air. Paling teruk terjejas adalah di kawasan Tanglin.

Semalam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang baru, Dr Vivian Balakrishnan, bergegas ke Tanglin Mall setelah diberitahu besmen bangunan itu digenangi air setinggi 100 milimeter.

Semasa meninjau bersama para pegawai kanan agensi air negara, PUB, Dr Balakrishnan mengalu-alukan semangat para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan yang dimasuki air berlumpur bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dan perniagaan boleh diteruskan.

Selain daripada perniagaan, tempat meletak kereta di besmen bangunan itu - dan besmen di beberapa bangunan lain di sekitarnya seperti Orchard Towers, Forum The Shopping Mall, Delfi Orchard, Liat Towers dan St Regis Residences - juga dimasuki air.

Orang ramai yang memuatnaikkan gambar-gambar di laman Stomp turut melaporkan banjir di Holland Road, Cuscaden Road, Eng Neo Avenue, Dunearn Road, Bukit Timah, Sennett Estate dekat Potong Pasir, MacPherson, Toa Payoh, Boon Keng, Bendemeer dan Balestier.

Seorang penduduk di kawasan Balestier, Encik Michael Ng, berkata jalan raya di Mandalay Road 'kelihatan seperti sebatang sungai'.

Hujan lebat turut menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah lori di Bedok Reservoir Road.

'Emak menjerit apabila pokok tumbang. Saya bersyukur ia tidak menjejas kereta saya tetapi kesiankan pemilik lori itu,' kata Cik Sharifah Mohamed Sharif menerusi e-melnya kepada Berita Harian Singapura semalam.

Dalam kenyataannya semalam, PUB berkata ia telah mengerahkan kakitangan dan kontraktornya ke tempat-tempat yang terjejas. Pam dan lori tangki juga dikerah bagi membantu mengepam air keluar dari bangunan.

Mari kita saksikan selingan gambar banjir di singapura













Sunday, June 5, 2011

Hentikan " Bir halal"




BERSETUJU betul saya supaya penggunaan istilah ‘bir halal’ dihentikan sebab perkataan tersebut tidak sesuai dan boleh mengelirukan umat Islam.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, ‘bir’ secara umum diketahui umat Islam adalah haram, dan tentu sekali tidak munasabah digunakan kepada minuman yang tidak beralkohol.


(Rujuk di sini)


Saya pun hairan mengapa ada pihak yang pakai istilah ‘bir’ untuk minuman yang dijual kepada orang Islam. Kalau sudah tahu minuman tersebut tidak beralkohol, kenapa hendak panggil ‘bir’?Bagi kita ‘bir’ termasuk dalam kategori arak. Seluruh planet bumi tahu – seperti yang ditegaskan dalam al-Quran – bahawa arak adalah haram, dan minum arak adalah salah satu dosa besar.Tentulah mengaibkan jika dikatakan orang Islam di Malaysia, termasuk para ustaz, minum bir.


Orang pun boleh keliru dan bertanya mengapa Jakim halalkan bir? * MUNGKIN ada pihak yang memang suka dengan istilah ‘bir’. Sama ada disedari atau tidak negara kita telah menghalalkan bir sejak berpuluh tahun lalu, iaitu ‘rut bir’ atau dalam istilah asalnya ‘roots beer’, sejenis minuman tanpa alkohol yang begitu popular. Saya sendiri sebagai Islam tulen telah meneguk ‘bir’ tersebut tiga empat tempayan sejak zaman remaja.Apa pendapat Jamil Khir dalam hal ini? Saya cadangkan istilah ‘bir’ pada ‘rut bir’ dibuang, dan minuman kegemaran ramai itu disebut hanya ‘rut’.


Sekiranya ‘rut bir’ boleh terus digunakan, nanti ada orang lain yang taasub dengan istilah ‘bir’ ambil kesempatan lalu mencipta minuman tanpa alkohol dan menamakan ‘tebu bir’, ‘tembikai bir’, ‘longan bir’, ‘sirap bir’.Alangkah aibnya Islam sekiranya setiap gerai, kedai, restoran menjual lebih banyak minuman bir dari minuman jenis lain. Lucu juga sekiranya majlis kenduri tahlil pun dihidangkan ‘bir’ sebagai penghilang dahaga.* BERCAKAP mengenai istilah yang mengelirukan Islam, sebenarnya bukan setakat ‘bir’.


Makanan segera kegemaran ramai ‘hot dog’ pun boleh mengelirukan. Macam mana orang Islam boleh makan ‘anjing panas’?Opah di kampung Hulu Muar mesti terkejut, malah mungkin pengsan, apabila mendapat tahu cucunya yang baru jadi orang KL sudah pandai makan ‘anjing panas’, dan mula minum ‘bir’.Satu lagi istilah yang pada hemat saya sengaja digunakan oleh pihak tertentu untuk mengelirukan orang Islam ialah ‘bacon’.


Buka mana-mana kamus Inggeris, istilah tersebut bermaksud ‘daging babi’.Oxford English Dictionary menyebut ‘bacon’ sebagai ‘salted or smoked meat from a pig’, atau ‘daging babi yang dibubuh garam atau disalai’. Sama seperti arak, babi pun ditegaskan dalam al-Quran sebagai haram.Tetapi sekarang ‘bacon’ telah dihidangkan kepada umum, termasuk kepada orang Islam, secara terbuka baik di restoran, hotel dan tempat-tempat makan eksklusif. Orang Islam pun makan ‘babi’.Pihak restoran, hotel dan kedai kek menggunakan istilah ‘bacon’, seperti ‘beef bacon’, ‘chicken bacon’.


Mungkin tidak lama lagi akan ada pula ‘arnab bacon’, ‘tenggiri bacon’, ‘patin bacon’, ‘belut bacon’.Mengapa perlu guna istilah ‘bacon’ untuk daging lembu, ayam dan sebagainya? Apakah tidak boleh gunakan ‘daging lembu salai’ atau ‘ayam salai’. ‘Bacon’ memang daging babi, kenapa hendak dikaitkan dengan lembu atau ayam?Inilah yang orang kata ‘mengada-ngada’, atau ‘pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar’. Molek sekali pihak berkuasa agama Islam, khasnya Jakim, melarang penggunaan istilah ‘bacon’ untuk daging halal yang dijual kepada pengguna Islam.* AKHIR kalam, tidak sahaja istilah asing, istilah tempatan juga hendak dikelirukan.


Contoh, tidak lama dulu ada pihak dengan idea ‘amat bergeliga’ hendak menjual ‘bak kut teh’ untuk pengguna Islam.‘Satu Malaya’ tahu bahawa istilah ‘Bak kut teh’ bererti ‘sup babi’, iaitu makanan kegemaran orang Cina. Mana boleh orang Islam makan babi? Konon, nama ‘bak kut teh’ hendak dikekalkan, cuma bahannya bukan dari babi tetapi dari daging halal seperti lembu, kambing, ayam dan sebagainya.


Tidakkah pelik, bodoh, lagi mengelirukan pakai nama ‘sup babi’ tetapi guna bahan daging lembu? Ini betul-betul kes ‘gila-gila babi’.Syabas kepada NGO-NGO Islam juga Jakim yang peka dan menolak idea kartun ini. Kalau tidak nanti media barat yang anti Islam akan menghina kita dengan tajuk berita ‘Islam di Malaysia makan sup babi’.


Sumber Sinar Harian

Cucunya Iblis, Neneknya Babi & Datuknya Manusia!

SEDIH... Mariam meneruskan sisa hidup penuh kepayahan sambil menjaga suaminya, Ahmad yang lumpuh.


IPOH: ‘Cucu iblis’ gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya ‘babi’, malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.


Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak. “Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil ‘babi’ jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.


“Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik ‘mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya’,” kata Mariam Puteh Nekmat, 71. Dalam keadaan sebak dan berlinangan air mata, Mariam berkata, dia tidak tahu apa dosa atau kenapa cucunya bersikap sedemikian dan masih tidak berubah walau sudah berumahtangga.


Katanya, beliau dan suami, Ahmad Idris, 85, tidak pernah berkasar, malah membela cucu mereka ibarat menatang minyak yang penuh sejak kecil hingga sanggup berhabis duit dan bergadai harta benda. Menurutnya, segala kos sara hidup, termasuk perbelanjaan serta yuran persekolahan cahaya mata anak perempuan sulung mereka, ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan suami.


“Saya pernah melakukan pelbagai kerja demi menampung pendapatan suami yang tak seberapa sebagai pekerja am rendah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memastikan dia hidup seperti kanak-kanak lain dan mendapat pendidikan secukupnya. “Kehidupan kami semakin sukar sejak suami bersara kira-kira 22 tahun lalu apabila wang pencen yang diterimanya selepas ditolak semua hutang, hanya berbaki RM1.05,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Meru 2C, Jelapang, dekat sini, semalam.


Ketika ibu bapa lain mengharungi kehidupan selepas pencen dengan beristirehat dan mengharapkan anak menghulur wang perbelanjaan setiap bulan, Mariam dan suami masih terpaksa mengerah sisa kudrat bagi mengisi perut. “Hidup saya semakin menderita apabila Ahmad ditimpa dua kemalangan berselang setahun kira-kira tiga tahun lalu, menyebabkan dia hilang upaya bergerak sejak dua setengah tahun lalu.


“Kemalangan itu menyebabkan tulang kaki kiri suami retak hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan dua besi, dan kesihatan diri yang semakin uzur memburukkan lagi keadaan,” katanya. Namun baginya, penderitaan menanggung kesakitan itu masih boleh ditanggung berbanding layanan zalim cucunya. Ahmad berkata, selepas mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya, cucu dan isteri masih tinggal bersama mereka sebelum membuat keputusan mengejut keluar rumah kira-kira setahun lalu.


“Sejak saya tidak dapat bergerak dan terpaksa memakai lampin pakai buang, perangainya semakin zalim apabila menyepak terajang saya setiap kali anginnya tidak baik atau tidak puas hati dengan perkara remeh berlaku di rumah.,” katanya. “Kali terakhir saya dibelasah teruk ialah sebelum dia keluar rumah apabila dihempuk dengan kerusi, menyebabkan pergelangan tangan kiri retak.


“Kecederaan mungkin bertambah teruk jika neneknya tidak memeluk saya dan menahan pukulan itu dengan belakang badannya,” katanya. Mariam yang menghidap pelbagai jenis penyakit seperti jantung, darah tinggi, lelah dan kencing manis berkata, sejak keluar dari rumah, cucunya tidak pernah menjenguknya.


Difahamkan, pasangan itu yang mempunyai tiga anak perempuan kini tinggal sebatang kara di Persiaran 22, Taman Meru C, Jelapang dengan mengharapkan bantuan ikhsan orang ramai.



p/s Gam pang tul cucunya nie......patutnya di penjara jer.....




Kenduri Kawin: Cara Terbaik Berjimat !



Salam semua, mesti sehari dua ni kita asyik pergi makan kenduri jer. Almaklumlah cuti sekolah la katakan. Selalunya dah jadi adat bila cuti sekolah jer mesti penuh dengan kad kenduri. Rumah kawan, sedara , pok cik, mok cik n sampai rumah awek lama pun kita pegi. Kendurilah katakan.


Ada sehari tu saya terbaca kat paper, saya pun tengok macam menarik jer fakta ni.....bukan apa cara nak jimatkan kenduri kahwin. Tambah plak sekarang ni semua barang mahal. jadi bagi mereka yang nak kahwin boleh tiru cara ni ..



Seorang ibu melalui detik paling istimewa apabila empat anaknya
melangsungkan perkahwinan serentak, sekali gus membolehkannya menerima empat
menantu hari ini.Tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan Noriah Abdul Aziz,
54, memilih hari ini iaitu tarikh kematian bapa mereka, Azizan Abdul Aziz
kira-kira 15 tahun lalu untuk memulakan kehidupan berumah tangga.Pasangan
mempelai itu ialah Mohd. Aizuddin Azizan, 29, dan pilihan hatinya, Noorazizah
Mohd. Noor, 25; adiknya, Mohd. Afendi, 27, dan Norfadilah Abdul Halim, 21; dan
Mohd. Afami, 24, yang memilih Norashikin Abd. Razak, 22.Anak perempuan Noriah,
Noradila, 22, pula menjadikan Amzani Kamaruzaman, 25, sebagai teman hidup. Dua
lagi anaknya, Norliana, 18, dan Norshamila, 15, masih belajar.Menurut Noriah
yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Tunku Putera di sini, selain gembira
dan terharu, dia turut berasa lega apabila empat anaknya itu bersetuju
mengadakan majlis perkahwinan serentak.Ini kerana, dia dapat menjimatkan belanja
perkahwinan anak-anaknya sekitar RM6,000 hingga RM8,000 seorang."Saya sangat
bersyukur kerana mendapat empat menantu serentak hari ini," katanya ketika
ditemui pada majlis perkahwinan yang dihadiri kira-kira 1,500 tetamu di rumahnya
di Kampung Bukit Palong, Bongor dekat sini hari ini.Selain menumbangkan seekor
lembu untuk menjamu para jemputan, majlis turut diserikan pertunjukan pencak
silat.



p/s cepat la dpt cucu berderet-deret dlm setahun lagik pacit oiii.....he...he.....


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More