Wald is the Word for Lexus CT 200h Hybrid Hatch

The CT200h Black Bison Edition comes with a full aero body kit, composed of a new front bumper with LED lights on both corners, side skirts, revamped rear bumper with a matte black diffuser and new exhaust tips, and just in case those…134-ponnies under the hood decide to do something wald, roof and boot spoilers. .

Neelofa menunaikan umrah

“Ini kali pertama saya ke sini, syukur sebab saya diberi peluang untuk bertamu ke rumah Allah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan saya berasa amat puas untuk berdoa di sini.

Harga rokok dijangka naik

Duti eksais tembakau dijangka dinaikkan tiga sen sebelum pembentangan bajet tahun ini.

Azrinaz: ‘Saya Masih Sama Seperti Dahulu’

SUDAH lama sebenarnya impian untuk menjadikan Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim sebagai penghias wajah hadapan Nona, tetapi kesempatan itu belum terbuka.

10 Warming Up Menuju Ramadhan

Sempena Ramadhan yang bakal tiba sama-samalah kita memanfaatkan dengan dengan secukupnya bulan Ramadhan ini.

Tuesday, May 31, 2011

Kewajiban Memberi Nafkah Zahir


Salam semua, musim cuti sekolah ni banyak sungguh jemputan kahwin. Jadi untuk bakal2 pengantin dan yang akan berkahwin tak lama lagi renung-renungkanlah kewajipan kita dalam alam perkahwinan.

Apabila gerbang perkahwinan sudah dilalui, maka suami dan isteri haruslah saling memahami kewajiban-kewajiban dan hak masing-masing, agar tercapai keseimbangan dan keserasian dalam membina rumah tangga yang harmoni.

Di antara kewajiban-kewajiban dan hak-hak tersebut adalah seperti yang tersurat dalam sabda Nabi Sallallaahu ‘alaihi wa sallam, dari Sahabat Mu’awiyah bin Haidah bin Mu’awiyah al-Qusyairi radhiyallaahu ‘anhu bahwasanya dia bertanya kepada Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam, “Ya Rasulullah, apakah dia hak seorang isteri yang mesti dipenuhi oleh suaminya?” Maka Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

1. Engkau memberinya makan apabila engkau makan,
2. Engkau memberinya pakaian apabila engkau berpakaian,
3. Janganlah engkau memukul wajahnya,
4. Janganlah engkau memburuk-burukkannya (menghinanya), dan
5. Janganlah engkau meninggalkannya melainkan di dalam rumah (iaitu jangan berpisah tempat tidur melainkan di dalam rumah).”

ENGKAU MEMBERINYA MAKAN APABILA ENGKAU MAKAN

Memberi makan merupakan istilah lain dari memberi nafkah. Memberi nafkah ini telah diwajibkan ketika sang suami akan melaksanakan ‘aqad nikah, yaitu dalam bentuk mahar, seperti yg tersurat dalam Al-Qur’an, surat al-Baqarah ayat 233.

Allah berfirman

"Ertinya: …Dan kewajiban si ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang itu tidaklah dibebani lebih dari kemampuannya.” (Al-Baqarah: 233)

Bahkan ketika terjadi perceraian, suami masih berkewajiban memberikan nafkah kepada isterinya selama masih dalam masa ‘iddahnya dan nafkah untuk menguruskan anak-anaknya. Barangsiapa yang hidupnya sekadar cukup makan, dia tetap wajib memberikan nafkah menurut kemampuannya.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

"ertinya: …Dan orang yang terbatas rizkinya, hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.” (At-Thalaq: 7)

Ayat yang mulia ini menunjukkan kewajiban seseorang untuk memberikan nafkah, meskipun ia dalam keadaan serba kekurangan, tentunya hal ini disesuaikan dengan kadar rezeki yang telah Allah berikan kepada dirinya.

Berdasarkan ayat ini pula, memberikan nafkah kepada isteri hukumnya adalah wajib. Sehingga dalam mencari nafkah, seseorang tidak boleh bermalas-malasan dan tidak boleh bergantung hidup kepada orang lain serta tidak boleh meminta-minta kepada orang lain agar memberikan nafkah kepada isteri dan anaknya. Sebagai ketua rumah tangga, seorang suami harus memiliki usaha dan bekerja dengan sungguh-sungguh sesuai dengan kemampuannya.

Perbuatan meminta-minta menurut Islam adalah perbuatan yg sangat hina dan tercela. Hatta burung sekalipun, yang diciptakan oleh Allah ‘Azza wa Jalla tidak sesempurna manusia yang dilengkapi dg kemampuan berpikir dan tenaga yang jauh lebih besar, tidak pernah meminta-minta untuk mencari makan dan memenuhi keperluannya. Ia terbang pada pagi hari dalam keadaan perutnya kosong, dan kembali ke sarangnya pada waktu petang dengan perut yang telah kenyang. Demikianlah yang dilakukannya setiap hari, meskipun hanya berbekalkan sayap dan paruhnya sahaja.

Dalam mencari rezeki, seseorang hendaknya berikhtiar (melakukan usaha) terlebih dahulu, kemudian bertawakkal (menggantungkan harapan) hanya kepada Allah, sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam.

"mafhumnya: Seandainya kamu sekelian bertawakkal kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, maka sesungguhnya kamu akan diberikan rezeki oleh Allah, sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Di pagi hari, burung itu keluar dalam keadaan kosong perutnya, kemudian pulang di waktu petang dalam keadaan kenyang.”

Seorang suami juga harus memastikan (bahawa ia membawa pulang) rezeki-rezeki yang halal dan tayyibah, untuk diberikan kepada isteri dan anaknya. Bukan dengan cara-cara yang dicela dan dilarang oleh syari’at Islam yang mulia. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla tidak akan menerima dari sesuatu sumber yang haram.

Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"mafhumnya: Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik (juga). Sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkan kepada kaum mukminin seperti yang Dia perintahkan kepada Rasul. Maka, Allah berfirman: ’Wahai PRasul, makanlah dari makanan yg baik-baik, dan kerjakanlah amal yang salih." (Al-Mukminuun: 51)

Dan Allah Ta’ala berfirman.

"mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian." (Al-Baqarah: 172)

Kemudian Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan tentang seseorang yang lama bermusafir; rambutnya kusut berdebu, dan menadahkan kedua tangannya ke langit seraya menyeru, ‘Yaa Rabb-ku, yaa Rabb-ku,’ padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dipenuhi keperluan dengan yang haram, bagaimana do’anya akan dimakbulkan?”

Nafkah yang diberikan sang suami kepada isterinya, lebih besar nilainya di sisi Allah ‘Azza wa Jalla dibandingkan dengan harta yang diinfaqkan (meskipun) di jalan Allah ‘Azza wa Jalla, atau diinfaqkan kepada orang miskin, atau untuk memerdekakan seorang hamba sahaya.

Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"mafhumnya: (Antara) wang yang engkau infaqkan di jalan Allah, wang yang engkau infaqkan untuk memerdekakan seorang hamba (abdi), wang yang engkau infaqkan untuk orang miskin, dan wang yang engkau infaqkan untuk keluargamu, maka yang lebih besar ganjarannya adalah wang yang engkau infaqkan kepada keluargamu.”

Setiap yang dinafkahkan oleh seorang suami kepada isterinya akan diberikan ganjaran oleh Allah ‘Azza wa Jalla, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam:

"Mafhumnya: …Dan sesungguhnya, tidaklah engkau menafkahkan sesuatu dengan niat untuk mencari wajah (yakni keredhaan) Allah, melainkan engkau diberi pahala dengannya, sehinggakan apa yang engkau suapkan ke mulut isterimu akan mendapat ganjaran.”

Seorang suami yang tidak memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka ia berdosa. Nabi Sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

"Mafhumnya: Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang wajib ia beri makan (tanggungan yang wajib diberi nafkah).”


(Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor - Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa'dah 1427H/Desember 2006)

Monday, May 30, 2011

Harga gas naik RM3 Tarif Elektrik Naik 7 Peratus Mulai 1 Jun




PUTRAJAYA: Harga gas bagi penggunaan sektor tenaga elektrik dan industri dinaikkan sebanyak RM3 million British thermal unit (MMBtu) bermula 1 Jun depan.
Ini menjadikan harga gas yang dibekalkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada sektor elektrik dinaikkan daripada RM10.70MMBtu kepada RM13.70MMBtu.

Perkara ini diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Noor Mohamed Yakcub di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di sini hari ini.
Berikutan itu, peningkatan harga gas bagi sektor elektrik dan industri sebanyak RM3 akan berkuatkuasa lusa.

Tarif elektrik naik RM2.23sen

Sementara itu kerajaan turut memutuskan untuk menaikkan kadar purata tarif elektrik sebanyak RM2.23 senkWj (7.12 peratus) berkuatkuasa 1 Jun depan.

Tarif elektrik akan dinaikkan daripada kadar purata semasa RM31.31senkWj kepada 33.54senkWj, satu kadar baru selepas kali terakhir ditetapkan pada tahun 2006.

Perkara ini dimumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui dipejabatnya di sini hari ini.

Namun begitu, kerajaan memutuskan kenaikan ini tidak akan melibatkan 1.1 juta pengguna domestik (19.1 peratus) yang menggunakan elektrik antara 201 hingga 300kWj sebulan (kekal pada kadar unit 33.40sen/kWj).

“Ini bermakna 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300kWj (kira-kira RM77) sebulan atau kurang.

“Manakala penggunaan antara 301 sehingga 1000kWj sebulan yang melibatkan 1.39 juta pengguna atau 23.5 peratus daripada pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik di antara RM0.07 hingga RM30.30 (0.1 peratus hingga 10 peratus),” katanya dalam sidang media petang tadi.

Sementara itu bagi pengguna domestik yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, Chin berkata kerajaan akan terus membantu dengan memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada penggunaan yang bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember depan.

“Kerajaan dijangka menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai pemberian bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung,” katanya.

Chin turut mengumumkan bagi pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak RM4.60 sebulan (6.2 peratus).

Tiada subsidi IPP

Manakala pengguna industri voltan rendah seperti pengusaha industri memproses makanan secara kecil-kecilan yang menggunakan elektrik kurang daripada 200kWj sebulan pula akan mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak RM4.00 sebulan (6.2 peratus).

Sementara itu, Chin menegaskan kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang bantuan kewangan sebanyak RM19 bilion dalam bentuk subsidi gas kepada pihak IPP bagi mengaut keuntungan berlebihan seperti yang didakwa pihak tertentu.

“Subsidi gas” yang dimaksudkan tersebut adalah jumlah hasil yang dilepaskan oleh pihak Petronas selaras dengan keputusan kerajaan untuk menetapkan harga gas kepada sektor penjanaan elektrik.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa pelarasan kadar tariff ini tidak akan memberikan sebarang subsidi kepada pihak IPP dan dengan itu ia tidak sepatutnya dipolitikkan dengan apa jua cara untuk memesongkan orang ramai,” katanya.

Menurut Peter Chin kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang.

“Ini bermakna, 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan,” katanya.


Kali terakhir kerajaan menaikan tarif elektrik adalah pada 2007.

Saintis Afrika Selatan temui Lipas melompat!


CAPE TOWN - Sekumpulan saintis Afrika Selatan menemui spesies baru lipas yang boleh melompat seperti belalang, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Serangga itu yang tidak diketahui kewujudannya sebelum ini ditemui melompat di dalam semak di Taman Negara Table Mountain dekat sini.

Ia tersenarai dalam 10 spesies utama dan terbaru yang ditemui pada tahun ini.

"Lipas ini memiliki kaki belakang panjang dan sofistikated untuk membolehkannya melompat tinggi ke udara," kata seorang saintis yang membuat penemuan tersebut, Mike Picker.

Dia dan rakannya, Jonathan Colville menemui lipas ganjil sepanjang 1.27 sentimeter itu pada 2006 dan mengkaji serangga tersebut di makmal mereka di sini. - Agensi

Sunday, May 29, 2011

10 Pembohongan Besar Media Berkenaan Israel


Artikel di bawah adalah kutipan langsung dari laman sesawang Haluan Palestin

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

Salma Juara Mentor 5


Seperti yang dijangka ramai, Salma menjuarai Mentor 5 dengan markah keseluruhan sebanyak 85 markah. Ini diikuti Shiha dengan 63 markah dan Iqa, 56.

Tahniah buat Salma!

Di Arizona, Orang Gemuk Didenda 50 Dolar Jika Tidak Berdiet


Arizona, AS-Pemerintahan di Arizona AS punya satu undang-undang terhadap orang gemuk yang malas berdiet. Orang gemuk yang punya masalah kesihatan wajib diet kalau tidak akan dikenakan denda 50 dolar AS.

Pemerintah Arizona punya alasan kenapa orang gemuk yang malas diet akan dikenakan denda. Hal ini kerana ukuran lingkar pinggang semakin berkembang yang tentu saja akan berpengaruh terhadap peningkatan kos anggaran yang terkait dengan masalah tersebut.

Peraturan ini diungkapkan oleh para pejabat dari Medicaid Arizona, iaitu suatu program yang menyediakan layanan kesihatan bagi masyarakat miskin di Amerika Syarikat. Pemerintah memaksakan denda tahunan sebesar 50 dolar AS bagi masyarakat yang menerima Medicaid tapi kelebihan berat badan dan tidak mahu mengikuti anjuran doktor untuk melakukan diet.

Selain itu perokok dan penderita diabetes yang mengabaikan nasihat medik dari dokter juga harus membayar denda tersebut. Tapi anak-ana
k dan orang yang kelebihan berat badan akibat keadaan medik tertentu akan dibebaskan dari denda ini.

Minoca Coury selaku assistant direktor program Medicaid Arizona mengungkapkan tujuan dari denda ini adalah untuk mengubah perilaku dengan menggunakan pendekatan. Cara ini juga diharapkan boleh mengurangi jumlah rokok yang dihisap. “Tidak dapat disangkal bahawa ada hubungan antara obesiti dan meningkatnya bi
aya kesihatan di- Amerika. Kami terus mengeluh tentang meningkatnya biaya perawatan yang tidak terkendali,” ujar Coury, seperti dikutip dari BBCNews, Rabu (18/5/2011).



Coury mengatakan bagi masyarakat dengan kelebihan berat badan yang telah berhasil memenuhi target untuk menurunkan berat badannya akan dibuatkan video atau diberikan jenis insentif lainnya. Pemberlakuan sistem denda ini kerana Arizona memiliki proporsi tertinggi kedua dalam hal penerima Medicaid di AS dan suku daripada penghuninya diklasifikasikan sebagai obesiti. Salah satu masyarakat yang melakukan diet ketat ini adalah Kevin Woodman, sebelumnya ia memiliki berat badan 120 kg, tapi setelah melakukan diet ketat serta mengurangi karbohidrat selama 9 bulan kini berat badannya menjadi 73 kg.

Ahli kesihatan Lisa Johnson mengungkapkan bahwa denda 50 dolar AS saja mungkin tidak cukup untuk mengubah perilaku, tapi boleh membantu mendorong para doktor untuk membicarakan masalah berat badan dengan pesakitnya.

“Sebuah kajian di Harvard baru-baru ini mengungkapkan bahwa 61 peratus doktor tidak memiliki waktu untuk berbicara dengan pesakitnya mengenai berat badan, jadi denda ini mungkin boleh memiliki kesan yang lebih dramatis,” ungkap Johnson.

Meski begitu tidak semua orang menyetujui gagasan ini. Senator Kyrsten Sinema berfikir bahawa hal ini tidak adil, misalnya pada nenek yang terkena diabetes dan dikenakan denda. “Jika ingin menjimatkan perbelanjaan negara maka Medicaid harus diberlakukan untuk siapa saja, tapi tidak memilih orang dengan kelebihan berat badan dan perokok saja,” ujar Wes Benedict dari Parti Liberal

Taufan terus serang Amerika


Puting beliung gempur Oklahoma, korban bencana naik 125 di Missouri

BANDAR RAYA OKLAHOMA: Beberapa puting beliung mula melanda Oklahoma petang kelmarin dan bergerak ke timur laut ketika angka korban bencana alam itu di Missouri meningkat kepada 125 dan 750 lagi cedera. Pegawai Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Rick Smith, berkata puting beliung terbesar bergerak di El Reno, bandar paling besar di Oklahoma dengan 15,000 penduduk. “Banyak trak dan kereta terbalik di sepanjang Lebuh Raya Interstate 40. Ia adalah taufan yang sangat besar,” katanya. Smith bagaimanapun, tidak dapat memastikan kelajuan taufan terbabit.

Beliau berkata, ribut besar sedang terbentuk di barat daya Bandaraya Oklahoma dan ia boleh mencetuskan lebih banyak taufan.

Negeri Oklahoma kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, manakala Perkhidmatan Kaji Cuaca melaporkan perkembangan puting beliung sepanjang masa.

Puting beliung baru bermula dua hari selepas taufan besar melanda Joplin di Missouri. Ia adalah yang paling besar pernah melanda Amerika dalam tempoh 64 tahun.

Pihak berkuasa berkata, angka kematian daripada taufan besar yang melanda Joplin dijangka meningkat, dan 1,500 lagi mangsa masih hilang.

Pasukan mencari dan menyelamat menggali celah runtuhan di bandaraya itu yang turut memusnahkan sekurang-kurangnya 2,000 bangunan.

Ancaman taufan baru Joplin disusuli ribut kencang yang melanda negeri Oklahoma kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera di Bandaraya Oklahoma. Dua orang lagi terbunuh akibat ribut di Kansas, kelmarin.

Pasukan penyelamat di Joplin berikrar untuk bekerja terus menerus sepanjang malam, bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap.

“Kami sentiasa berharap agar dapat menemui seseorang yang masih hidup,” kata jurucakap majlis bandaraya itu, Dan Crain.

Antara mangsa yang masih hilang ialah seorang kanak-kanak, Skyular Logsdon. Baju-T warna merah dan seluarnya yang koyak ditemui tersangkut di sebatang tiang telefon.

Kanak-kanak itu tidak ditemui sejak malam Ahad apabila puting beliung melanda barat daya Missouri yang mempunyai 50,000 penduduk.

Ibu bapanya ditemui masih hidup dan kini ditempatkan di hospital, bagaimanapun rumah mereka musnah dan kanak-kanak itu masih hilang.

Anggota keluarganya meneruskan usaha mencuri di celah runtuhan bangunan dan membuat pemeriksaan di rumah mayat dan hospital.

“Kami tidak dengar apa-apa berita, tetapi kami akan terus cari sehingga menemuinya,” kata moyang kanak-kanak itu, Deb Cummins. – Agensi

Saturday, May 28, 2011

Hidup Anda Dibentuk Oleh Fikiran Anda


Pada suatu hari, Nabi SAW telah menjenguk seorang lelaki arab desa ( badwi )yang sedang sakit. Baginda menghibur dan membesarkan hati lelaki itu dengan mengatakan “ Semoga penyakitmu ini menjadi penawar dosa”. Lalu si lelaki itupun menjawab “ namun demam ini demam yang sangat panas, menimpa seorang tua bangka, untuk mengheretnya ke liang kubur!!”. Mendengar keluhan lelaki itu, Nabi bersabda “ jika begitu, akan demikianlah jadinya!!”.

Situasi di atas menjelaskan kepada kita tentang bagaimana fikiran manusia itu akan mempengaruhi hidupnya. Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat manusia pasti dihujani dengan ujian-ujian dari Tuhan samada dalam bentuk kegembiraan atau kesedihan. Nabi telah cuba mengubah rasa hati lelaki itu dengan mendoakan agar penyakit itu sebagai penghapus dosa buat dirinya dengan tujuan menggembirakan hati lelaki yang sedang sakit itu. Namun penerimaannya berbeza sekali dengan melihat penyakitnya itu sebagai sesuatu yang membinasakannya dan menyebabkannya menjadi marah. Sudah pasti sekiranya lelaki itu melihat penyakitnya itu sebagai penghapus dosa sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah, menjadikan hidupnya kembali bersemangat, ceria dan tenang menerima ujian tersebut. Nah!! Dia telah memilih sebaliknya, maka dia menjadi marah dan merasakan hidupnya tidak akan lama dan akan bernoktah.

Mari kita perhatikan pula di sekeliling kita. Tentu kita pernah bertemu dengan satu situasi yang sama tetapi dilalui oleh dua orang yang berbeza. Misalnya di sebuah jabatan kerajaan, seorang ketua jabatan telah member i sebuah “ assignment” kepada dua orang pegawai di bawahnya untuk diselesaikan dalam tempoh 3 hari. Lihat, bagaimana seorang pegawai menerimanya dengan senyuman ceria dan bersemangat dan seorang lagi menerimanya dengan senyuman yang tawar dan hati yang sakit. Mengapa penerimaannya berbeza sedangkan tugasannya sama? Seperti yang telah dijelaskan di atas, pemikiran yang berbeza menjadikan penerimaannya berbeza.

Mengapa kita suka melihat ke dalam diri orang lain, sedangkan kita juga sering mengalaminya, malah kadangkala lebih dahsyat daripada yang digambarkan dalam cerita di atas. Mungkin kita bukan sekadar senyum tawar, malah mungkin kita akan menolak tugasan tersebut dengan alasan yang pelbagai atau sekurang-kurangnya kita menjawab dengan jawapan yang menyakitkan hati pihak lain yang mendengarnya. Kenapa kita jadi begitu? Ya, jawapannya kerana kita telah dibentuk oleh fikiran kita yang negatif. Kenapa kita tidak melihat tugasan itu sebagai satu peluang untuk kita belajar dan mencari pengalaman baru. Kenapa kita tidak bersangka baik bahawa tugasan itu diberikan kepada kita kerana “ Bos “ percayakan kita. Kenapa kita perlu melihat ia sebagai satu beban yang baru kepada beban-beban tugas yang sedia ada. Bila anda terlalu tertekan dengan beban kerja yang anda tanggung, tunggulah bil klinik atau hospital yang berdekatan dengan anda. Atau mungkin anda perlu berjumpa secara berjadual dengan pakar psikatri anda kerana beban hidup semakin tidak mampu ditangani oleh diri anda sendiri.

Cuba perhatikan dua ayat di bawah ini :

Di antara orang-orang arab badwi itu, ada orang yang memandang apa yang dinafkahkan ( di jalan Allah ) sebagai suatu kerugian dan dia menanti-nanti bahaya menimpamu, merekalah yang akan ditimpa bahaya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ( At-Taubah : 98 )

Dan di antara orang-orang arab badwi itu, ada orang yang beriman kepada Allah dan hari kematian, dan memandang apa yang dinafkahkan ( di jalan Allah ) itu sebagai jalan mendekatkannya kepada Allah dan sebagai jalan untuk memperoleh doa Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya nafkah itu adalah suatu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri ( kepada Allah ) ( At-Taubah : 99 )

Berbeza bukan? Mereka sama-sama berkorban dengan menyerahkan harta benda mereka setelah diminta. Namun, sebahagiannya menganggap ianya sebagai satu beban yang pasti akan merugikan mereka. Manakala sebahagiannya yang lain melihatnya sebagai satu zakat yang mesti diserahkan sebagai jalan untuk membersihkan jiwa dan mengharapkan doa yang baik setelah melaksanakannya.

Islam memang telah menceritakan kepada kita bagaimana fikiran akan membentuk hidup kita. Kenapa perlu di sangkal lagi. Jika masih tidak percaya, mengapa Marcus Aurelius, seorang kaisar Romawi Kuno bisa mengatakan “ Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita”. Malah seorang penulis hebat dari Barat bernama Dale Carnegie yang telah menulis buku bertajuk How To Stop Worriying And Start Living turut mengatakan di dalam bukunya bahawa “ Fikiran kitalah yang menbentuk peribadi kita dan arahan fikiran kita adalah faktor utama yang menentukan perjalanan hidup kita”.
Seorang kanak-kanak menangis kerana ditinggalkan keseorangan di dalam bilik yang gelap oleh ibunya. Tetapi apabila dia sudah membesar dan dapat mengawal fikirannya, pasti dia yang dulunya takutkan “ gelap “ berubah kepada sebaliknya. Ya, situasi yang sama bukan, tetapi 2 tindakan yang berbeza. Satu ketika pernah takut dan menangis, bila semakin membesar ia tidak lagi takut malah sentiasa bergelap untuk tidur. Gelap tidak lagi mempengaruhi emosinya. Inilah sebenarnya kesan dari fikiran seseorang itu sehingga mempengaruhi hidupnya. Sekiranya kita memikirkan kegembiraan, kita pasti akan rasa gembira dan sentiasa tersenyum. Jika kita memikirkan kesedihan, pasti kita akan berasa sedih dan murung. Sekiranya kita meikirkan ke takutan, pasti kita akan berasa takut dan sekiranya kita memikirkan sakit, mungkin sakit itu akan menjadi kenyataan.

Kita kena berubah kepada kehidupan baru. Kita harus sama-sama berusaha untuk mengubah kehidupan kita dengan membentuk pemikiran yang positif dalam diri kita. Memang sukar kerana ia memerlukan iltizam dan usaha yang sungguh-sungguh dalam diri kita di samping doa yang tidak berkesudahan ke hadrat Ilahi. Kita harus memulakan hidup baru dengan fikiran baru yang lebih segar yang berlandaskan al quran dan Sunnah Nabi SAW . Jangan kita biarkan pemikiran kita merosakkan kehidupan kita. Jangan kita biarkan fikiran kita menghalang kita menjalani kehidupan yang lebih baik. Dan jangan kita biarkan fikiran kita menjadikan hidup kita suram tidak bermanya.

Firman Allah :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. Sekiranya Allah berkehendakkan keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia ( Ar Ra’ad: 11 ).

Selamat berubah kepada kehidupan baru

Wallahua’lam

www.teratakmuslim.blogspot.com"

"GADAI" ANAK BAYAR HUTANG KARPET


ALOR SETAR: “Disebabkan ibu tak mampu membayar hutang karpet kira-kira RM3,000, saya terpaksa berkahwin dengan lelaki Pakistan yang menjual permaidani itu untuk melangsaikan hutang.

“Namun, selepas berkahwin pada Mac lalu, baru saya tahu dia tidak jujur kerana selepas enam bulan, suami meninggalkan saya tanpa khabar berita,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hashimah, 29.

Dia yang kesal berkahwin dengan Mat Karpet itu berkata, semuanya bermula selepas ibunya membeli empat helai karpet daripada lelaki asing itu, tiga tahun lalu.

“Ibu saya beli secara bayaran ansuran RM30 sebulan, itu pun jika ada duit. Malangnya, ibu gagal membayar ansuran selama dua tahun sehingga bunga semakin meningkat.

“Lelaki terbabit meminta ibu menjelaskan hutangnya. Apabila ibu memberitahu dia tak ada duit, lelaki itu minta dikahwinkan dengan saya sebagai syarat untuk melangsaikan semua hutang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam

Hashimah berkata, kerana tiada pilihan selain bimbang nasib keluarganya terancam dia hanya mengikut kata-kata lelaki itu dan keluarganya.

Menurutnya, majlis pernikahannya diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri saudara-maranya serta beberapa rakan lelaki itu.

“Majlis kenduri termasuk akad nikah diadakan di rumah saya dan ia dibuat secara kecil-kecilan,” katanya.

Menurutnya, pada awal perkahwinan tiada apa berlaku, tetapi selepas enam bulan, baru dia tahu yang suaminya mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil perniagaan karpet.

“Dia beli sehelai karpet daripada rakannya RM65, tetapi menjualnya kepada orang kampung sehingga RM400 dengan mendakwa ia berkualiti selain sukar didapati di negeri ini. “Saya anggap ibu dan ramai penduduk kampung yang membeli karpet daripada suami saya tertipu,” katanya.

Hashimah yang bekerja di sebuah pasar mini, dekat sini, berkata sejak itu dia mula meragui suaminya, malah mendakwa penjual karpet dari Pakistan datang ke negara ini hanya untuk berkahwin dengan gadis tempatan sebelum meninggalkan mereka.

“Apa yang berlaku ke atas saya mengaibkan, namun saya sedia mendedahkan untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengalami nasib sama,” katanya.
Sementara itu, Harian Metro turut menemubual seorang Mat Karpet warga Pakistan di Jitra yang ketika itu rancak menjual permaidani kepada penduduk di Kampung Padang Sera, di sini.

Mat Karpet yang dikenali sebagai Bakti, 47, itu berkata, dia sudah lama menjual karpet di bandar ini, Jitra dan Perlis dengan menunggang motosikal sendirian sejak 20 tahun lalu sehingga mendapat taraf kerakyatan negara ini.

Katanya, karpet yang dijualnya itu buatan China yang dijual RM300 hingga RM500 sehelai dan pelanggan akan membayar ansuran RM30 hingga RM40 sebulan kerana tidak berkemampuan.

“Ada juga pelanggan tidak membayar ansuran bulanan, tetapi saya kasihan kerana ramai antara mereka orang susah.

“Ramai juga rakan saya yang menjual karpet berkahwin dengan gadis tempatan kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar hutang dan itu cara untuk melangsaikan hutang,” katanya yang mengakui lebih 10 rakannya menjalankan kegiatan menjual karpet di negeri itu.

Bakti mengakui harga sebenar karpet dijualnya jauh lebih murah, tetapi disebabkan mahu mengambil untung dan kos pengangkutan dia menjualnya pada harga tinggi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail mengesahkan menerima lebih 20 aduan penduduk tempatan yang tidak puas hati dengan peniaga karpet, kebanyakannya rakyat Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.

“Bagaimanapun, kes membabitkan peniaga karpet dari Pakistan yang dikesan bernikah dengan gadis tempatan hanya dua iaitu di Kulim dan Kuala Kedah,” katanya.

Yusoff berkata, lelaki warga asing terbabit kebiasaannya menjual karpet pada harga dua kali ganda lebih mahal berbanding harga pasaran walaupun tidak bermutu tinggi.

“Biasanya, mereka akan memujuk pelanggan supaya membeli karpet dan boleh membuat bayaran secara ansuran serendah RM20 setiap bulan.

“Kes ini kebanyakannya dikesan di luar bandar membabitkan pembeli yang tidak mampu membeli secara tunai. Apabila mereka gagal melunaskan hutang, Mat Karpet memberi pilihan supaya dikahwinkan dengan anak gadis mereka dan semua hutang termasuk bunga yang tinggi dikira selesai,” katanya. - hmetro

Thursday, May 26, 2011

Hukum Beramal Dengan Petua Dan Pantang Larang Melayu

Hari saya nak kongsi skit apa pandangan tentang petua dan pantang larang dari perspektif islam. Kadang sebelum kita amalkan sesuatu kita mesti menghindarkan pantang larang orang tua2

Takut benda tak baik terjadi


Jadi apa kata kita dengar apa pandangan isu ini dari perspektif islam


Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya, apakah hukum mempercayai petua-petua, pesan dan pantang larang orang dahulu kala yang disebut 'kenan'. Sebagai contoh ada pesan orang tua mengatakan jangan menyapu rumah ketika waktu malam kerana ditakuti rezeki akan "disapu keluar".

Apakah kesan mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini?

Soalan tambahan saya, bagaimanakah caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan yang mana harus dielakkan?

Jawapan;

Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya;

1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (an-Naml: 65)

2. Tidak memalingkan seseorang dari keyakinan bahawa segala yang berlaku -sama ada baik atau buruk- adalah dari ketetapan Allah (Qadarullah). Begitu juga, keyakinan hanya Allah yang mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman”. (al-A’raf: 188)

3. Tidak membawa kepada pengamalan yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah atau terpaksa meninggalkan amalan yang disuruh al-Quran dan as-Sunnah kerana ingin beramal dengan petua atau pantang larang.

4. Tidak membawa kepada mengubah hukum Allah terhadap sesuatu iaitu sama ada mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram. Ini kerana hak untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu bukan milik manusia, akan tetapi milik Allah.

5. Tidak berupa kepercayaan kepada sial sesuatu kerana kepercayaan sebegitu dilarang oleh sabda Nabi; "Tidak ada sial sesuatu (di dalam Islam)" (HR Imam al-Bukhari dari Anas). Nabi juga bersabda; “Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)

6. Tidak berupa tilikan atau tenungan kerana ia dilarang oleh Nabi dalam sabdanya: “Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tilik/tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadapy apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)

Oleh demikian, supaya petua dan pantang larang yang hendak diamalkan tidak bercanggah dengan agama ia mesti berlandaskan dalil-dalil yang diakui Syariat iaitu sama ada diceduk dari al-Quran atau as-Sunnah atau berdasarkan kajian atau pengalaman. Petua yang tidak berdiri di atas dasar yang tidak difahami (atau dikaitkan dengan kepercayaan tertentu tanpa dalil Syarak; yakni al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dielakkan dari beramal dengannya. Sebagai contoh, pantang larang bagi ibu-ibu selepas bersalin selama 44 hari yang membabitkan perkara berikut;
1. Tidak boleh bersama suami (berjimak) sepanjang tempoh itu
2. Tidak boleh makan makanan sesuka hati (ada makanan yang perlu berpantang)
3. Tidak boleh turun ke tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.

Perkara pertama ada kaitan dengan dalil Syariat di mana tempoh paling lama nifas bagi wanita bersalin ialah 40 atau 60 hari mengikut perbezaan pandangan ulamak dan dalam tempoh tersebut sememangnya tidak harus berlaku jimak, oleh demikian pantang larang tersebut harus diamalkan. Perkara kedua (berpantang makanan), ia kembali kepada pengalaman dan ia juga harus diamalkan jika kita yakin dengan pengalaman orang-orang dulu. Perkara ketiga (tidak boleh turun ke tanah), ia berkait dengan kepercayaan tentang makhluk ghaib, tidak harus diamalkan kerana ia bersifat khurafat kerana tiada dalil al-Quran maupun as-Sunnah mengesahkannya.

Begitu juga pantang larang yang dikemukakan dalam soalan di atas (jangan menyapu sampah di malam hari kerana dikhuatiri rezki akan hilang); pantang larang ini dilihat dari segi dalil al-Quran atau as-Sunnah, tiada ayat al-Quran ataupun hadis mengesahkannya. Melihat kepada kajian dan pengalaman juga tidak kuat sandarannya. Oleh demikian, tidak usahlah pantang larang sebegitu dipercayai kerana dibimbangi kita akan terbawa-bawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut atau mempercai sial sesuatu yang telah sabit larangan terhadapnya oleh ayat al-Quran dan hadis di atas tadi. Jika kita perlu menyapu sampah di malam hari kerana kebetulan ada sampah yang perlu dibersihkan, lakukanlah tanpa khuatir kepada pantang larang tersebut kerana tiada nas Syarak melarang perbuatan tersebut. Jika ditakdirkan kita mengalami kerugian selepas hari tersebut, wajiblah kita mengembalikan kerugian itu kepada qadha dan qadar Allah, bukan kerana kita telah melanggar pantang larang tersebut.

Petua dan pantang larang yang jelas bercanggah dengan Syariat (al-Quran dan as-Sunnah) haram diamalkan. Dari segi kesan, jika ia menafikan aqidah yang wajib diiktiqadkan, mengamalkannya mungkin boleh membawa kepada rosaknya iman dan pelaku/pengamalnya boleh terjatuh dalam dosa syirik yang tidak diampunkan Allah, dan lebih jauh dari itu ia mungkin boleh murtad dari agama -sama ada secara sedar atau tanpa sedar-. Jika ia menyalahi amalan yang diredahi Allah, ia berdosa. Perbuatan dosa -sama ada besar atau kecil- wajib dijauhi oleh seorang muslim yang bertakwa kepada Allah.

Untuk mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu sama ada boleh diikuti atau tidak, ia mesti dibentangkan secara khusus setiap satunya di hadapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam ungkapan lain, ia wajib dirujuk kepada alim-ulamak sebelum mengamalkannya jika berlaku keraguan tentangnya.

Pemilik 'Anu' Songsang Ingin Menukar Nama Perempuan


25 Mei 2011 kita dikejutkan dengan seorang lelaki yang anunya songsang telah dipotong menjadi leper ingin menukar nama jantannya kepada nama perempuan. Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz nama jantannya yang begitu sedap dianugerahkan kepadanya ingin menjadi Aleesha Farhana.

Dia meleperkan anunya dengan membuat pembedahan menukar jantina di Thailand-tempat tersohor dengan kerja-kerja begini, kira-kira dua tahun lalu selepas mendakwa cenderung kepada perwatakan sebagai wanita sejak kecil.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan permohonan. Diharapkan mahkamah jangan melayan golongan songsang sebegini. Kalau dibenarkan, selepas ini si jantan ini akan meminta mahkamah membenarkan dia berkahwin dengan jantan pula.

Alahai dunia...macam-macam perkara berlaku. Kini di Malaysia, makin hebat!! Ia sebagai permulaan untuk golongan sotong yang lain mengambil peluang serupa melanggar fitrah ilahi.

Di TV3 tadi, boleh tahan juga geleknya...hangpa jangan main-main, kalau jumpa dia diairport, stesen bas atau di mana-mana, hangpa akan 'terkeneng-keneng' untuk 'orat' dia. Dah tak kenal mana jantannya, mana betinanya!!

Games Yang Menghina Islam




DevilMay Cry yang menghina Islam


Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghin
a Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera ap
abila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap
permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.




Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada um
at Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.




Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan


Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau
tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

Dan karaker itu membaca ayat itu didalam k
itab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

1) Clive Barker Undying



Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan, di dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.



Berita mengenai permainan ini dirampas:


Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

Perisian permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh mempengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.


2) Zack And WikiLuahan dari seorang gamer Wii:

"Sebagai seorang gamer Wii, saya melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan
bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Pelik dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain."

Tindakan yang dibuat:

The Council of American-Islamic Relations (
CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and sev
eral complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.


3) Prince Of Persia


Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita bermain game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan apa yang mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More