Thursday, May 19, 2011

Jatuh talak lepas pukul

KAJANG: Seorang isteri bernasib malang kerana bukan saja diterajang, ditampar dan dipukul dengan penyapu oleh suaminya, tetapi turut diceraikan dengan talak tiga selepas bertengkar di rumah mereka di Taman Sri Langat, dekat sini.
Kejadian kira-kira jam 5 petang, 15 April itu menyebabkan wanita berusia 25 tahun itu cedera dan lebam di seluruh badan serta menerima rawatan di sebuah klinik di bandar ini.

Difahamkan, sebelum kejadian mereka dikatakan bertengkar lebih 10 minit berpunca daripada salah faham dan tidak sehaluan menyebabkan suami mangsa yang berusia 20-an berkenaan menjatuhkan talak tiga di depan adik ipar mangsa.

Berang dengan tindakan itu, mangsa nekad membuat laporan polis di Balai Polis Kajang, di sini.

Sumber polis berkata, pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga lebih dua tahun selain dikurniakan seorang anak lelaki berusia setahun dikatakan sudah tidak sehaluan dan sering bertengkar.

“Dalam kejadian terbaru itu, pasangan terbabit dikatakan bertengkar kerana masalah kewangan. Pertengkaran lebih 10 minit itu bagaimanapun menjadi lebih buruk apabila suaminya hilang kawalan sebelum menampar mangsa.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jatuhtalaklepaspukul/Article/index_html

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More