Friday, June 10, 2011

Rabecca Nur Islam......Keguguran....


Pelakon jelita, Rabecca Nur Al-Islam, 25, menganggap keguguran kandungannya yang baru mencecah usia dua bulan sebagai tiada rezeki.

Dia yang pada mulanya mengalami pendarahan dan sakit perut dikejarkan ke Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.

Pada malam kejadian saya sakit di bahagian bawah perut dan berlaku pendarahan. Suami saya bawa ke hospital dan apabila diperiksa bayi dalam kandungan sudah tidak bernyawa.

Kemudian doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Kata doktor bayi tersebut sudah beberapa hari meninggal dunia tanpa saya sedari,� katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Rabecca, dia masih lagi berasa terkejut, kecewa dan sedih dengan kejadian yang menimpanya.

Ketika mendapat tahu perkara tersebut saya tak henti menangis, mungkin saya terlalu berharap untuk mendapatkan bayi.

Alhamdulillah, suami saya sentiasa berada di sisi dan memberi sokongan agar tidak terlalu bersedih dengan apa yang sudah berlaku itu,� katanya yang dijangka keluar pusat perubatan berkenaan Khamis.

Rabecca telah mendirikan rumah tangga bersama seorang peguam Nor Azam Sulaiman pada 15 Januari lalu dan mempunyai seorang anak angkat bernama Nor Adam Danie yang kini berusia tiga tahun.

Katanya, sejak mengetahui dirinya mengandung, dia sudah menolak semua tawaran berlakon untuk berehat buat sementara waktu.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More